Friday, September 18, 2009

Jelajah Ramadhan 2009 - sebelum penjelajahan


Peserta jelajah, Cik Hasnawati sedang berbincang bersama pembantu mengenai susun atur dan pembahagian barang-barang ke dalam kenderaan yang terlibat.

Peserta sedang memuatkan bungkusan-bungkusan kopi ke dalam kotak. Selain kopi, Milo dan teh turut tersenarai dalam barang keperluan yang akan disedekahkan. Turut dibantu oleh Nani dan Nina, peserta kembar jelajah.

Kenderaan pertama, dimuatkan dengan 40 paket beras, minyak masak dan tepung gandum.

Kenderaan kedua, dimuatkan dengan Milo, kopi, teh, air kordial, kurma, sos cili dan gula.

Kenderaan ketiga, dimuatkan dengan pelbagai jenis biskut raya dan ketupat segera.

Jelajah Ramadhan 2009 - Mazia Catering telah memasuki tahun kedua di mana tahun ini disertai oleh 16 peserta, melibatkan dua MPV dan sebuah kereta. Penjelajahan bermula seawal 6.30 pagi menuju ke Kuala Selangor.

Ini merupakan salah satu Corporate Social Responsibility (CSR) Mazia Catering, di mana kali ini turut disertai oleh individu-individu yang turut menyumbang wang dan tenaga bersama menyertai jelajah ini.