Tuesday, September 8, 2009

Jelajah Ramadhan 2009 - Mazia Catering

Penjelajahan dijangka bermula seawal selepas Subuh 12hb. September 2009, melibatkan tiga buah kenderaan. Bergerak menuju ke kawasan pedalaman sekitar Selangor dan Perak. Objektif penjelajahan ialah membantu keluarga-keluarga miskin untuk meneruskan bulan Ramadhan yang mulia ini seterusnya memberi sedikit sinar menghiasi Aidilfitri yang menjelma. Bantuan dari segi bekalan makanan dan keperluan asas rumah. Semoga Jelajah Ramadhan 2009 - Mazia Catering mencapai objektifnya dan diberkati Allah s.w.t.