Friday, September 25, 2009

Habbatus Sauda’ - The Seed of Blessing



Semenjak tahun 1959, lebih dari 200 kajian telah dijalankan oleh Universiti-universiti antarabangsa dan artikel-artikel diterbitkan dalam pelbagai journal menunjukkan hasil yang menakjubkan menyokong Habbatus Sauda’ telah digunakan sebagai Herba Perubatan semenjak 5000 tahun dahulu sebelum Masihi lagi. Ia disebut dalam kitab-kitab perubatan karangan Ibnu Sina(Avicenna), Al-Antiki, Ibnu Qayyim al-Jauziy dan Khatib Al-Baghdadi.

Sebagai Herba Tradisional yang telah lama terkenal semenjak 5000 tahun dahulu, Habbatus Sauda’ digunakan untuk mengatasi pebagai masalah dan keadaan dan peawatan yang bersangkutan dengan sistem pernafasan, sakit perut dan usus, fungsi ginjal dan hati, sistem darah, sistem pertahanan badan, dan memulihkan kesihatan am.

Sebagai Herba Tradisional yang telah lama terkenal semenjak 5000 tahun dahulu, Habbatus Sauda’ digunakan untuk mengatasi pebagai masalah dan keadaan dan peawatan yang bersangkutan dengan sistem pernafasan, sakit perut dan usus, fungsi ginjal dan hati, sistem darah, sistem pertahanan badan, dan memulihkan kesihatan am.

Berbagai kajian memberikan bukti bahawa Habbatus Sauda’ meningkatkan sistem pertahanan badan jika digunakan sepanjang waktu. Di negara-negara Timur Tengah dan Timur Jauh selama berabad-abad menggunakan Habbatus Sauda’ untuk merawati penyakit ringan termasuk asthma dan bronchitis, rheumatism dan radang/inflammasi, meningkatkan produksi susu ibu selepas bersalin, merawat gangguan penghadaman, membantu menjaga sistem pertahanan badan, meningkatkan kemampuan penghadaman dan pembuangan, dan melawan penyakit jangkitan parasit. Minyaknya digunakan untuk penyakit kulit seperti eczema, dan atopic dermatitis, psoriasis dan jerawat.

Berikut adalah di antara kegunaan-kegunaan tradisi Habbatus Sauda’:-
Batuk yang kronik, batuk kokol selsema yang sudah lama
Resdung (sinusitis)
Lelah atau sesak nafas, akibat bronchial asthma dan cardiac asthma.
Sakit jantung, darah gemuruh
Darah tinggi (hypertension)
Luka-luka di hati (Cirrhosis of Liver)
Batu hempedu, batu karang. (gall bladder stone, calculus)
Sakit buah pinggang (renal problem)
Gout
Kencing manis (diabetis)
Luka-luka di dalam mulut
Sakit tengkuk
Tonsillitis, gusi berdarah, mulut berbau
Pedih di ulu hati
Gastric, luka-luka dalam perut (ulcer)
Buasir (hemorrhoid), masalah penghadaman.
Alahan dan gatal-gatal
Sakit gigi
Cacing, parasit
Migraine, masalah imsomia (tidak boleh tidur)
Selepas bersalin (menambah susu ibu)
Awet muda dan menegangkan kulit
Mencantikkan kulit, kuku
Masalah kesuburan perempuan
Senggugut
Masalah tenaga batin lelaki

Sungguh banyak manfaat kesihatan yang boleh didapati dari Habbatus Sauda’ ini sehingga tidak hairan apabila ia popular disebut “The Seed of Blessing”/ “Habbatul Barakah” , yang ertinya ” Biji-bijian yang mengandungi berkat”.