Hari ini kami berkelapangan masa untuk menghadiri ke Majlis Perkahwinan sahabat kami. Selepas bersalaman dengan pengantin, kami terus ke buffet untuk menjamu selera.. agak menghampakan bila melihat meja buffet tanpa skirting terletak di luar kanopi.. mujurlah cuaca cerah..
Nasi terhidang di dalam tong flask.. susunan makanan agak berterabur.. didahului dengan dalcha.. kesemua makanan tiada lilin pemanas.. gelas melamin digunakan oleh katerer ini..
Tetamu tiada pilihan untuk menggunakan sudu dan garfu kerana tidak disediakan.. air sirap yang dihidangkan ternyata tawar.. sambil menjamu selera kami melihat meja hidangan pengantin.. meja pengantin berskirting kemas.. namun tiada bunga hiasan di atas meja.. khemah berscallop namun tidak kemas dan tidak menyeluruh..
Bukanlah hendak merendah-rendahkan majlis keraian ini.. tetapi apa yang pasti kelemahan-kelemahan tadi tidak pernah Mazia Catering abaikan.. Mazia Catering menitikberatkan kualiti makanan dan juga presentation majlis.
Kepada rakan-rakan kami yang hendak membuat majlis, khususnya majlis perkahwinan, janganlah hanya meminta quotation harga dari kami.. berbincanglah.. tiada masalah untuk buat test food.. perbincangan penting kerana harga dalam quotation boleh dirunding.. boleh diubahsuai mengikut bajet sendiri.. lihat gambar-gambar majlis yang terdahulu.. barulah buat keputusan samada untuk mangambil perkhidmatan Mazia Catering atau sebaliknya.