Hari ini kami berkelapangan masa untuk menghadiri ke Majlis Perkahwinan sahabat kami. Selepas bersalaman dengan pengantin, kami terus ke 
buffet untuk menjamu selera.. agak menghampakan bila melihat meja 
buffet tanpa 
skirting terletak di luar kanopi.. mujurlah cuaca cerah..
Nasi terhidang di dalam tong 
flask.. susunan makanan agak berterabur.. didahului dengan dalcha.. kesemua makanan tiada lilin pemanas.. gelas 
melamin digunakan oleh katerer ini..
Tetamu tiada pilihan untuk menggunakan sudu dan garfu kerana tidak disediakan.. air sirap yang dihidangkan ternyata tawar.. sambil menjamu selera kami melihat meja hidangan pengantin.. meja pengantin ber
skirting  kemas.. namun tiada bunga hiasan di atas meja.. khemah ber
scallop namun tidak kemas dan tidak menyeluruh..
Bukanlah hendak merendah-rendahkan majlis keraian ini.. tetapi apa yang pasti kelemahan-kelemahan tadi tidak pernah Mazia Catering abaikan.. Mazia Catering menitikberatkan kualiti makanan dan juga 
presentation majlis. 
Kepada rakan-rakan kami yang hendak membuat majlis, khususnya majlis perkahwinan, janganlah hanya meminta 
quotation harga dari kami.. berbincanglah.. tiada masalah untuk buat 
test food.. perbincangan penting kerana harga dalam 
quotation boleh dirunding.. boleh diubahsuai mengikut bajet sendiri.. lihat gambar-gambar majlis yang terdahulu.. barulah buat keputusan samada untuk mangambil perkhidmatan Mazia Catering atau sebaliknya.