Tuesday, October 27, 2009

Pengesahan Katering

Salam kepada para pengunjung blog dan pelanggan baru Mazia Catering,

Pesanan ini ditujukan kepada pelanggan Mazia Catering terutamanya pelanggan-pelanggan baru. Selain dari tarikh, menu dan maklumat-maklumat majlis yang lain, keutamaan yang harus dititikberatkan ialah pengesahan (confirmation).

Pengesahan oleh pelanggan amat penting dan kami sarankan, buatlah pengesahan melalui telefon selewat-lewatnya tujuh (7) hari sebelum tarikh majlis. Pengesahan perlulah dibuat oleh pelanggan kerana tanggungjawab Mazia Catering dalam penyediaan sebelum majlis memungkinkan kami tiada masa untuk melaksanakan perkara tersebut. Salah satu tujuan pengesahan di antaranya adalah bagi menunjukkan kesungguhan dan keseriusan pelanggan untuk mengambil perkhidmatan yang disediakan oleh Mazia Catering.

Sekian, terima kasih.

Friday, October 16, 2009

Happy Deepavali



dari kami
Pengurusan Mazia Catering
kepada
seluruh rakyat 1Malaysia yang beragama Hindu terutamanya sahabat handai, rakan niaga, dan pelanggan setia!!!